Jumat, 08 Januari 2016

114 SSurah dalam Al Quran

Surat-Surat Al-Qur'an & Kelebihannya
Dalam Quran ada 114 surat, setiap surat mempunyai takwil tertentu dan di bawah ini disebutkan takwil setiap surat, semoga bermanfaat :
  1. Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
  2. Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
  3. Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
  4. An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
  5. Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
  6. Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
  7. Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
  8. Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
  9. At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
  10. Yunus: Bagus ibadatnya dan aman daripada tipudaya serta ilmu sihir.
  11. Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
  12. Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
  13. Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
  14. Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
  15. An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
  16. Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
  17. Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
  18. Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.
  19. Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
  20. Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
  21. Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
  22. Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
  23. An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
  24. An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
  25. As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
  26. An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
  27. Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
  28. Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
  29. Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
  30. Luqman: Diberikan hikmah.
  31. As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
  32. Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
  33. Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
  34. Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
  35. Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
  36. As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
  37. Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
  38. Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
  39. Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
  40. Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
  41. Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
  42. Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
  43. Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
  44. Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
  45. Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
  46. Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
  47. Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
  48. Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
  49. Qaf: Dimurahkan rezekinya.
  50. Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
  51. Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
  52. An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
  53. Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
  54. Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
  55. Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
  56. Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
  57. Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
  58. Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
  59. Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
  60. As-Saff: Ingin mati syahid.
  61. Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
  62. Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
  63. At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
  64. At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
  65. Al-Mulk: Besar kerajaannya.
  66. Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
  67. Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
  68. Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
  69. Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
  70. Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
  71. Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
  72. Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
  73. Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
  74. Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
  75. Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
  76. Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
  77. An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
  78. Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
  79. Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
  80. Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
  81. Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
  82. Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
  83. Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
  84. At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
  85. Al-A'la: Mudah segala urusannya.
  86. Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
  87. Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
  88. Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
  89. As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
  90. Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
  91. Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
  92. Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
  93. Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
  94. Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
  95. Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
  96. Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
  97. Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
  98. At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
  99. Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
  100. Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
  101. Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
  102. Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
  103. Al-Ma'un: Berjaya mengalahkan orang-orang yang menentangnya.
  104. Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
  105. Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
  106. An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah SAW akan dekatnya ajalnya.
  107. Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
  108. Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surah ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
  109. Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
  110. Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya..

                                                                                                                                                                                                                            Tidak ada komentar:

                                                                                                                                                                                                                            Posting Komentar